|
|
|
|
|
|
Keladi
Tikus
rawat barah
Rencana
di
Berita Minggu Ogos 1998
oleh
Mohd
Azis Ngah
dan
Siti Zurina Mat Saman
Pesakit
kanser kini boleh menarik nafas lega berikutan penemuan satu
kaedah baru merawat kanser melalui kajian dijalankan pensyarah Pusat
Kajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof.
Christopher Teo Khen ke atas keladi tikus atau Typhonium. Teo berkata,
pesakit menunjukkan kesan positif selepas memakan tumbuhan berkenaan,
bahkan pesakit akan berasa lebih baik, tidak letih dan mempunyai selera
makan. "Tumbuhan itu sesuai untuk merawat kebanyakkan penyakit kanser.
Kaedah menggunakan keladi tikus adalah murah dan tidak mempunyai kesan
sampingan," katanya. Setakat ini beliau sudah berjaya membantu
kira-kira 80 pesakit tempatan dan luar negara seperti Amerika Syarikat,
Australia, India dan Indonesia menggunakan kaedah perubatan keladi
tikus.
"Bagaimanapun, keladi tikus agak sukar diperoleh. Awalnya,
tumbuhan itu didapati di kawasan terbiar, berpaya dan saliran air. Kami
memerlukan keladi tikus yang banyak. "Oleh itu, kami tidak boleh
bergantung kepada alam semula jadi. Jadi, kerja saya adalah
menghasilkan lebih banyak keladi tikus," katanya. Beliau memperoleh
peruntukan kewangan daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga
Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) yang menyumbang
RM48,200 untuk membiakkan tumbuhan berkenaan. Melalui peruntukan itu,
beliau akan menjalankan kajian dengan lebih mendalam mengenai tumbuhan
perubatan tradisional untuk merawat penyakit kanser. Teo berkata, ada
dua cara menggunkan keladi tikus dalam rawatan kanser. Cara pertama
mencampurkan keladi tikus dengan tumbuhan lain..
Campuran ini diproses untuk dijadikan kapsul dan
pesakit perlu memakan enam kapsul sehari. "Cara kedua, pesakit boleh
makan daun, umbi dan akar umbi. Pesakit perlu mencuci dan merendamnya
dengan 50 gram atau lima pokok keladi tikus dalam air selama setengah
jam. Selepas itu, pesakit harus memerah jus keladi tikus dan campurkan
dengan madu," katanya. Menurutnya, campuran madu itu dapat mengelak
pesakit daripada berasa gatal. Pesakit juga perlu minum jus segar
keladi tikus sekali sehari, tetapi pesakit pada peringkat serius perlu
minum jus tiga kali sehari. Teo berkata, pesakit perlu makan 'Typhonium
Flagelliforme' yang dulu secara salah dikenali sebagai Typhonium
Divaricatum dan bukan jenis lain seperti disaran sesetengah buku dari
Taiwan dan Hong Kong. "Jika tidak, pesakit akan menghadapi masalah
sakit perut. Malah, ada pesakit mati selepas makan keladi tikus yang
salah," katanya.
Beliau mendapat idea menggunakan keladi tikus untuk
merawat pesakit kanser selepas membaca penulisan seorang wanita. Wanita
berkenaan menyatakan tumbuhan berkenaan menyelamatkan suaminya yang
menghidapi kanser. Menurutnya, penggunaan keladi tikus sahaja tidak
cukup dalam merawat penyakit kanser. Pesakit perlu menukar metabolisme
badan dengan mengubah cara hidup dan pemakanan. Metabolisme badan
pesakit kanser harus ditukar kerana kaedah menggunakan keladi tikus
atau melakukan pembedahan saja tidak memadai untuk merawat kanser,"
katanya. Pesakit kanser juga menurutnya perlu belajar hidup gembira dan
mengubah cara pemakanan, iaitu elakkan daripada makan makanan dalam tin
dan diawet, semua jenis daging dan hasil tenusu.Pesakit juga digalakkan
bersenam untuk mengekalkan kesihatan badan dan selalu berjumpa doktor.
Teo menggunakan konsep perubatan tradisional, iaitu
ketumbuhan atau tumor tidak menyebabkan kanser. Menurutnya, tumor cuma
satu manifestasi atau sindrom yang menunjukkan wujudnya sesuatu tidak
kena adalam badan. "Dalam keadaan teruk, sudah pasti pesakit perlukan
pembedahan untuk mengeluarkan tumor. Tetapi mengeluarkan tumor bukanlah
cara tunggal untuk merawat kanser. Kita juga perlu membetulkan apa yang
tidak kena dalam badan. "Falsafah penyembuhan kendiri atau self-healing yang saya gunakan
ialah manusia tidak dicipta untuk sakit. "Manusia sakit kerana manusia
mendera badannya sendiri. Manusia yang bertanggungjawab terhadap
kesihatan dirinya," katanya.
>>Klik
Di
Sini Untuk Membeli Typhonium Flagelliforme Sekarang<<
|
|